Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Kuarantin Pengembara Dari India Ditambah Kepada 21 Hari

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan melanjutkan tempoh kuarantin wajib bagi pengembara yang tiba dari India, daripada 14 hari kepada 21 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pelanjutan tempoh kuarantin itu bagi pengembara dalam misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) serta penerbangan repatriasi.

Katanya, langkah itu diambil selepas keputusan ujian yang diperoleh semalam menunjukkan tujuh daripada 132 penumpang dalam misi berkenaan dikesan positif COVID-19.

“Dalam tempoh itu, mereka dikehendaki kuarantin wajib di stesen ditetapkan kerajaan, selain perlu menjalani ujian makmal RT-PCR bagi pengesanan COVID-19 mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“KKM akan memantau situasi ini dan membuat penilaian risiko untuk segera melihat keperluan memanjangkan tempoh kuarantin,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dr Noor Hisham berkata, kerajaan meluluskan HADR untuk membawa pulang rakyat Malaysia dan pasangan serta keluarga mereka dari India, selepas negara itu merekodkan jumlah jangkitan harian melebihi 300,000 sejak bulan lalu, malah tertinggi di dunia ketika ini.

Katanya, misi HADR diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kerjasama pelbagai agensi, termasuk KKM, Kementerian Luar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Airport Fire and Rescue Sercive (AFRS), polis, Aviation Security (ACSEC) serta organisasi swasta, membabitkan 219 petugas.

“Pada 11 Mei lalu jam 9.15 pagi, Syarikat Penerbangan Malindo berlepas ke India dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) keesokannya pada jam 12.53 pagi.

“Penerbangan ini membawa pulang 132 orang (64 lelaki dan 68 perempuan) iaitu 117 orang rakyat Malaysia, lapan warga Brunei, empat warga Denmark, dua warga India dan seorang warga Indonesia.

“Mereka terdiri daripada 92 orang dewasa dan 40 kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, misi terbabit hanya membawa pulang penumpang dengan keputusan ujian RT- PCR COVID-19 negatif sahaja.

Katanya, seramai 20 orang petugas iaitu 14 anak kapal, empat anggota KKM dan masing-masing seorang anggota dari NADMA dan Kementerian Luat menyertai penerbangan berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata, mereka mengenakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) penuh.

Katanya, sebaik sahaja mendarat di KLIA, penumpang terbabit dibawa melalui laluan khas ke Unit Bencana Udara KLIA untuk menjalani saringan kesihatan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER