Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

‘Elok Rina Letak Jawatan Menteri Jika Dah Tak Ada Fungsi’

Kongsikan Artikel Ini


PETALING JAYA, 14 Mei
– Sebuah video klip yang memaparkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun berlakon menjadi petugas sebuah syarikat penghantar makanan, Food Panda tidak menyenangkan orang ramai.

Ini kerana, Rina sepatutnya bukan menjadi pelakon tetapi membantu orang ramai yang sangat kesempitan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Kesusahan rakyat ini real hingga sanggup ke jalan raya. Menteri jangan buat benda merapu,” komen seorang aktivis politik dalam kumpulan Whatsapp.

Beliau dipercayai merujuk kepada kejadian merusuh di persimpangan lampu isyarat di Parit Raja, Batu Pahat malam kelmarin.

Ia dikatakan unjuk rasa rakyat yang resah dengan arahan-arahan saat akhir bagi mengekang penyebaran Covid-19 kerana Parit Raja terkenal dengan tempat orang ramai mencari rezeki di bulan Ramadhan dan menjelang Syawal.

Rina berlakon sebagai penghantar makanan.

“Tak habis-habis jadi drama queen,” kata seorang lagi rakan beliau merujuk kepada tindakan Rina yang sebelum ini memperagakan pakaian apabila beliau sudah kurus selepas menjalani rawatan kecantikan.

Dalam klip video itu, Rina berlakon sebagai penghantar makanan untuk sepasang orang tua yang rindukan anaknya.

Akibatnya, Rina dikecam malah dipelekeh warga internet sehingga meminta dia meletak jawatan sebagai menteri jika sudah tidak boleh berfungsi.

Jelas di sini, kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi contoh dan teladan baik kepada rakyat menimbulkan perasaan muak dan menyampah rakyat di saat mereka masih terkepung akibat PKP 3.0 sekarang.

Kebencian rakyat makin meluap-luap sehingga #KerajaanGagal mula mendapat perhatian akibat tindakan bodoh seperti yang dilakukan Rina ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER