Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Chelsea Dan Leicester City Berebut Sesama Sendiri

LONDON, ENGLAND - DECEMBER 22: Jamie Vardy of Leicester City scores his team's first goal during the Premier League match between Chelsea FC and Leicester City at Stamford Bridge on December 22, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)
Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 14 Mei – Thomas Tuchel merancang untuk menghalang usaha Leicester City mencipta sejarah ketika pengurus Chelsea itu menyasarkan trofi pertamanya pada final Piala FA tengah malam esok di Wembley.

Tuchel melalui perlawanan yang menakjubkan sejak menggantikan bekas pemain kelab yang menjadi pengurus, Frank Lampard yang dipecat pada Januari.

Pengendali dari Jerman itu mengetuai Chelsea ke final Piala FA dan Liga Juara-Juara, sambil membawa mereka kembali ke kedudukan empat teratas Liga Perdana.

Menang kejuaraan sulung dalam bola sepak England akan membuktikan impak mampu dihasilkan Tuchel.

Namun Leicester, yang dua mata di atas Chelsea dalam Liga Perdana, akan memberikan ancaman serius terhadap cita-cita Tuchel selepas dipimpin bos, Brendan Rodgers.

Skuad Foxes mahu menang Piala FA buat kali pertama dalam penampilan pertama sejak 1969.

Tiada kelab tampil di final Piala FA lebih banyak tanpa menang berbanding Leicester, yang tewas empat kali pada saingan itu.

Sebaliknya, Chelsea menang lapan kali Piala FA, dengan kemenangan terakhir ialah berdepan Manchester United pada 2018.

Skuad Blues, yang tewas final tahun lalu berdepan Arsenal, akan tampil buat kali keempat dalam tempoh lima tahun terakhir.

Selepas mengatasi pengurus hebat seperti Pep Guardiola, Jurgen Klopp, Jose Mourinho, Diego Simeone, Zinedine Zidane dan Carlo Ancelotti sejak tiba di Chelsea, Tuchel akan berdepan Rodgers buat pertama kali selaku bos Blues.

Menjelang minggu terakhir yang penting dalam Liga Perdana – akan menentang Leicester dan Aston Villa – menarik untuk dilihat sama ada Tuchel akan menurunkan bsrisan terkuat di Wembley.

Dia sudah mengesahkan Kepa Arrizabalaga akan memulakan permainan berbanding penjaga gol pilihan utama, Edouard Mendy.

“Dia akan bermula pada final Piala FA.” kata Tuchel. “Kami mempercayainya dan dia memang berhak, itulah asas kenapa kami meletakkannya dalam kesebelasan utama.”

Rodgers juga ada cita-cita untuk kedudukan empat teratas buat Leicester ketika membariskan pemain menentang Chelsea, namun peluang untuk mencipta sejarah akan menjadi fokusnya di Wembley.

“Kami berhak berada di final dan kami akan tiba dengan peluang mencipta sejarah kami sendiri. Kami rasa ada peluang hebat jika kami bermain di tahap terbaik,” kata Rodgers. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 14 Sep – Tandukan minit ke-89 Joel Matip memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Ajax dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 12 Sep – Pertembungan berprofil tinggi Liga Europa, Arsenal dan PSV Eindhoven ditangguhkan berikutan kekurangan anggota keselamatan yang terlibat persediaan pengebumian...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Sep – Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) iaitu divisyen utama di England, hujung minggu ini, ditangguhkan untuk menghormati kemangkatan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 8 Sep – Chelsea mahukan Graham Potter berada di kerusi pengurus bagi aksi menentang tetangga London, Fulham Sabtu ini. Bos Brighton...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER