Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

‘Bukan Setakat Rina, Yang Satu Lagi Pun Dah Tak Guna’

Kongsikan Artikel Ini

 

KUANTAN, 14 Mei – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Indera Mahkota, di sini diaktifkan semula mulai hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata keputusan itu dibuat selepas dua pusat kuarantin yang dibuka sudah mencapai kapasiti maksimum.

Menurutnya, dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Pahang sebulat suara bersetuju untuk pengoperasian semula pusat itu bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus.

“Pembukaan PKRC SUKPA ini dapat memberi keselesaan kepada pesakit memandangkan kerajaan negeri sudah menetapkan bahawa semua pusat kuarantin yang beroperasi perlu mengasingkan antara pesakit lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko lain yang tidak diingini.

“Jadi, pihak kita sedang mempersiapkan semua keperluan dan kelengkapan di PKRC SUKPA dan dijangka bersedia menerima kemasukan pesakit petang ini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau memaklumkan sebanyak 250 katil atau tempat telah disediakan dan hanya pesakit lelaki sahaja dikuarantin di pusat kuarantin berkenaan.

Jelasnya, semua urusan lain termasuk penyediaan makanan dan keperluan lain untuk pesakit akan dilakukan semua agensi seperti yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Pahang.

“Perkara berkaitan kebajikan pesakit akan diuruskan oleh semua agensi sebagaimana keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri,” katanya.

Che Adam berkata, sebelum ini dua pusat kuarantin yang beroperasi iaitu Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuantan yang menempatkan 228 pesakit.

Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT) di Bukit Tinggi pula dengan kapasiti semasa berjumlah 119 pesakit.

“Kedua-dua PKRC ini sudah hampir mencapai kapasiti maksimum,” katanya.

Kita tunggu apa jawapan menteri besar cap ayam mangkuk hayun bodoh tak bertebing apabila pusat berkenaan mula menerima pesakit yang semakin meningkat tidak lama lagi.

– PADAN MUKA!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER