Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Tikam-Menikam Pagi Raya!

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 13 Mei – Keceriaan sambutan Aidilfitri sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut ditikam bekas adik iparnya dalam kejadian di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pagi tadi.

Kejadian sekitar pukul 7.30 pagi itu tercetus apabila suspek lelaki yang berusia 32 tahun datang ke rumah bekas keluarga mentuanya untuk mengambil dua anak perempuannya.

Dua anak perempuan suspek berada bersama bekas isterinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa yang berusia 36 tahun dikatakan cuba menenangkan bekas abang iparnya sebelum suspek bertindak luar kawalan menikam mangsa menggunakan senjata pisau yang dibawa.

“Suspek telah datang ke rumah bekas isteri dalam keadaan marah dan mengamuk untuk mengambil dua anaknya berusia lapan dan 10 tahun sebelum mangsa cuba menenangkan lelaki itu.

“Kemudian berlaku pergelutan dan suspek bertindak menikam mangsa di bahagian rusuk kanan manakala beberapa ahli keluarga yang lain sempat melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Sukri, suspek yang datang menaiki kereta jenis Perodua Kancil itu berjaya melarikan diri dan motif kejadian juga disebabkan oleh perebutan anak.

“Buat masa ini punca kejadian kita sahkan kerana perebutan anak yang mana suspek telah bercerai dengan bekas isteri sejak Januari lalu lagi.

“Pihak polis juga sedang berusaha untuk mengesan suspek yang telah melarikan diri dan semakan juga mendapati dia mempunyai satu rekod kes lampau berkaitan dadah,” kata Mohd Sukri lagi.

Mangsa disahkan maut selepas dihantar ke Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER