Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Jangan Hanya Pantau Media Sosial Rakyat, Pantau Juga Kluster Kayangan!

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 13 Mei – Polis akan memantau hantaran di media sosial bagi mengesan mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi hantaran yang dimuat naik individu terbabit.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, ia juga bagi mengelakkan orang ramai mengambil peluang ziarah-menziarahi jiran tetangga di kawasan berdekatan.

“Kami memantau hantaran yang di muat naik di sosial sekiranya ada antara mereka yang melanggar SOP sempena Hari Raya Aidilfitri. Kami tidak mahu mereka mengambil peluang untuk menziarah jiran atau keluarga.

“Bagaimanapun, hasil laporan daripada anggota saya mereka melihat tahap pematuhan rakyat di negeri ini tinggi dan saya tidak menerima mana-mana laporan mengenai SOP semasa solat sunat Aidilfitri setakat 10 pagi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada petugas-petugas di sekatan jalan raya (SJR) di Tol Senawang hari ini.

Sementara itu, menurut Mohamad, pihaknya juga melihat terdapat penurunan pergerakan kenderaan di jalan raya di negeri ini.

“Setakat 10 pagi ini, kami melihat keadaan mula lenggang dan terkawal dan berharap sekiranya ada mana-mana rakyat di luar dari Seremban yang mahu ke daerah ini perlu mendapatkan kebenaran polis,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, pihak polis akan memantau rumah ke rumah bagi mengelakkan aktiviti ziarah-menziarahi sempena satu Syawal hari ini.

“Saya mempunyai lebih 160 pemantau yang akan memantau kawasan perumahan terutama taman-taman yang di negeri ini bagi memastikan rakyat mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Polis juga seharusnya memantau media sosial kluster ‘kayangan’ dan mengambil tindakan tanpa ‘pilih bulu’ jika mereka juga melanggar SOP larangan beraya sepanjang lebaran tahun ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER