Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Teleskop Gergasi Lulus Untuk Pra-Pelancaran

Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 12 Mei – Teleskop ruang angkasa terbesar dan terhebat di dunia membuka cermin emas gergasi buat kali terakhir di bumi semalam, sebelum balai cerap bernilai AS$10 bilion (RM41.24 bilion) dilancarkan akhir tahun ini.

NASA berkata, cermin Teleskop James Webb Space berukuran 6.5 meter (m) mengembang sepenuhnya dan terkunci pada tempatnya, ujian terakhir bagi memastikan ia bertahan dalam perjalanan 1.6 juta kilometer (km) dan sedia untuk mengetahui asal-usul semesta.

Kontraktor utama Northrop Grumman, Scott Willoughby, berkata ia seperti membuat jam tangan Swiss setinggi 12.2 m dan menyediakannya bagi perjalanan memasuki ruang vakum pada suhu -240 celsius (°C), empat kali lebih jauh dari bulan.

Beliau bercakap di lapangan terbang syarikat itu di Pantai Redondo, California, lokasi teleskop itu akan dihantar ke Guiana Perancis untuk dilancarkan menerusi roket Ariane 5 yang dijadualkan NASA, pada 31 Oktober depan.

Cermin utama Webb dibuat daripada 18 segmen heksagon, bersalut lapisan emas sangat nipis bagi meningkatkan pantulan cahaya inframerah.

Ia dilipat seperti origami ketika dilancarkan bagi memastikan muat di dalam reraut roket 5m, sebelum menggunakan 132 penggerak dan motor untuk membengkokkan setiap cermin ke kedudukan tertentu.

Cermin itu akan berfungsi sebagai pemantul besar, membolehkan teleskop melihat lebih jauh ke dalam kosmos berbanding sebelum ini. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER