Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Agama

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah MB Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฎ ๐—›๐—œ๐—๐—ฅ๐—”๐—›

๐—ฌ๐—”๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ’ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—บ๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ป
๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ๐˜ญ ๐˜’๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ด

 

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahil hamd.

1. Segala puji bagi Allah di atas segalanya-galanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Alhamdulillah, kita telah dianugerahkan menyempurnakan ibadah di dalam Ramadhan Al-Mubarak walaupun masih bergelut dengan penularan pandemik COVID-19. Status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlarutan sejak Mac 2020 sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aktiviti kebiasaan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan.

3. Semasa tempoh bulan Ramadan pada tahun ini, Negeri Sembilan telah diletakkan sebagai negeri di bawah PKPP kecuali Seremban yang masih PKPB. Segala aktiviti masjid dan surau telah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang digariskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Negeri Sembilan telah membenarkan masjid dan surau dibuka untuk orang ramai sejak bulan Jun 2020 untuk Solat Fardu berjemaah serta Solat Jumaat mengikut kapasiti dengan penjarakan.

4. Namun, apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan pada 10 Mei 2021 yang lalu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 6 Jun 2021 maka kita terpaksa akur untuk menghadkan beberapa aktiviti terutama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Langkah ini diambil berikutan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, di samping kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi, serta dibimbangi berlaku kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing. Semoga dengan tindakan drastik ini kita harapkan mampu menurunkan kadar jangkitan seterusnya memutuskan rantaian Covid-19.

5. Kerajaan Negeri sedar akan kesan yang diterima oleh rakyat akibat pelaksanaan PKP. Seluruh jentera Kerajaan bermula dari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Jabatan serta Agensi Kerajaan, ADUN-ADUN, Penyelaras DUN serta MPKK akan digerakkan bagi memastikan kebajikan rakyat terus mendapat keutamaan.

6. Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua petugas-petugas barisan hadapan (๐˜ง๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด) yang telah bekerja keras menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat di negeri ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan akan terus mendapat sokongan dan dokongan dari seluruh rakyat Negeri Sembilan terutama dalam tempoh yang sangat mencabar ini.

7. Sambutan hari raya pada tahun ini masih sama seperti tahun lalu, Solat sunat hari raya di rumah, tanpa aktiviti takbir rumah ke rumah, tanpa aktiviti ziarah menziarahi dan tanpa majlis โ€˜open houseโ€™. Biarpun sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini โ€˜luar dari kebiasaanโ€™ namun bukanlah penghalang untuk terus menzahirkan rasa syukur dan membesarkan Allah SWT.

8. Akhir sekali, saya bersama keluarga serta mewakili Kerajaan Negeri Sembilan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin khususnya kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan. Semoga ibadah puasa dan setiap kerja yang kita lakukan diterima dan diredhai oleh Allah.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahil hamd.

Sekian,

WABILLAH HITAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALIKUM WARAHTULLAH WABARAKATUH.

Salam Negeri Sembilan
Bersih, Muafakat, Sejahtera.

๐—ฌ๐—”๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ’ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—บ๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ป
๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ๐˜ญ ๐˜’๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ด
12 ๐˜”๐˜ฆ๐˜ช 2021

#NogoriKito #CaroKito
#AmalWashWearWarn
#ElakSesakSempitSembangDekat
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright ยฉ 2021 Media Rania