Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Bukit Aman Sedang Siasat Kes Salah Guna Kuasa Polis Di Sarawak

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Fisol Salleh berhubung dakwaan salah laku dan salah guna kuasa.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Zamri Yahya (gambar) berkata, siasatan dibuat berikutan beberapa aduan dilakukan terhadap pegawai kanan polis itu.

“JIPS telah memulakan siasatan secara menyeluruh dan telus.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat keterangan menjurus kepada wujudnya apa-apa salah laku dan salah guna kuasa olehnya,” kata Zamri dalam satu kenyataan hari ini.

Zamri berkata PDRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan, pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam sebarang penyelewengan, salah laku dan salah guna kuasa.

Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai pegawai kanan tinggi itu tular menerusi laman Facebook yang mendakwa pegawai itu menjadi pelindung utama sindiket perjudian, penyeludupan dan kongsi gelap di Sarawak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER