Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

SOP Aidilfitri Negeri Sembilan Dikeluarkan – Aminuddin Harun

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 11 Mei – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan kehadiran jemaah di masjid dan surau Jumaat hanya 50 orang sahaja dibenarkan termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid atau surau berkenaan bermula esok sehingga 7 Jun.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata prosedur operasi standard itu turut terpakai bagi aktiviti solat fardhu, solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri nanti manakala kapasiti jemaah di surau lain pula hanya 20 orang sahaja.

Katanya jemaah yang dibenarkan hadir hanya berstatus warganegara dan penduduk tetap sahaja dan terdiri daripada lelaki berumur 15 tahun dan ke atas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Setiap jemaah wajib mengisi borang kehadiran yang direkodkan oleh jawatankuasa dan dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) setiap hari. Imam bertugas digalakkan membaca surah pendek.

Manakala khutbah akan disampaikan hendaklah berpandukan teks khutbah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

AMINUDDIN-MASJID (SOP) 2 (AKHIR) SEREMBAN

Dalam pada itu bagi amalan takbir raya dibenarkan di masjid, surau Jumaat atau surau lain bermula daripada waktu Maghrib, Isyak, Subuh dan sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Katanya jawatankuasa hendaklah memastikan takbir dilaksanakan tidak berlanjutan sehingga lewat malam selain itu selepas solat sunat Aidilfitri, sebarang bentuk jamuan dan ziarah kubur tidak dibenarkan.

Sementara itu katanya bagi pengurusan jenazah bukan pesakit COVID-19, setiap kematian hendaklah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pengurusan jenazah perlu dilaksanakan di masjid atau surau yang akan diuruskan enam orang sahaja.

“Pengurusan jenazah di rumah adalah dilarang. Pengurusan jenazah di masjid atau surau terdiri daripada tiga petugas masjid atau surau dan tiga daripada waris si mati,” katanya.

Katanya solat jenazah dibenarkan mengikut kapasiti solat dalam tempoh PKP ini iaitu 50 orang di masjid dan 20 orang di surau manakala majlis tahlil dan talkin tidak dibenarkan.

— BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEGAMAT, 3 Nov – Tindakan pantas seorang penternak berjaya menyelamatkan 13 ekor lembu peliharaannya daripada ditenggelami banjir ketika air Sungai Muar melimpah...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 30 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru seluruh rakyat agar bersama-sama menjaga, memulihara dan mengindahkan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniALOR SETAR, 27 Okt – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini iaitu satu di Kubang Pasu dan dua di...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPENDANG, 26 Okt – Hujan lebat lebih dua jam yang berlaku di daerah ini petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pekan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER