Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Bersatu Dengan Bersatu Serang Sesama Sendiri!

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menegur sikap Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan, supaya lebih berhati-hari dalam membuat kenyataan menyerang bekas pemimpin parti itu termasuk Dr Mahathir Mohamad.

Mohd Redzuan Yusof berkata, Wan Saiful bukan barisan pengasas Bersatu malah keahliannya juga diluluskan Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri

“Beliau seharusnya mencerminkan diri sebelum mengeluarkan kenyataan yang bakal mengundang kemarahan pengasas-pengasas awal di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) berkata, sebagai salah seorang pengasas Bersatu beliau secara peribadi menasihatkan Wan Saiful supaya lebih memahami perjuangan parti.

“Berwaspadalah membuat kenyataan yang tidak melambangkan perjuang parti. Bercerai roboh bersatu teguh,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Wan Saiful semalam, Bersatu menolak dakwaan Mahathir bahawa terdapat pemimpinnya yang bersedia meninggalkan parti untuk kembali bersama kumpulan bekas perdana menteri itu, jika ditawar imbuhan lebih lumayan.

Wan Saiful turut meminta Mahathir berhenti menjadi jurucakap soal dalaman Bersatu kerana lebih baik beliau terus bercakap mengenai keunikan Pejuang yang diketuainya, jika benar parti serpihan itu mahu mengangkat agenda rakyat.

Beliau berkata, Pejuang boleh memperjuangkan agenda unik dan “tak payahlah asyik bercerita mengenai rumah lama sehingga nampak seolah-olah belum dapat ‘move on’ lagi”.

Redzuan berkata, sebagai Ketua Penerangan, Wan Saiful sepatutnya bersikap positif dan perlu berusaha menambahbaik serta membina semula parti.

“Sebaiknya, mereka yang telah disingkir daripada Bersatu tiada kesalahan jika boleh dibawa semula kerana sebagai pengamal politik yang matang, perbezaan fahaman adalah perkara biasa,”katanya.

Malah katanya, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, sejak konflik dalaman parti, beliau tidak pernah memberi komen negatif kepada bekas pemimpin Bersatu sebaliknya fokus membina parti dan mentadbir negara mendepani wabak Covid-19.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 17 Sep – Ikuti siaran secara langsung Jelajah Ayuh Malaysia Johor Bahru yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 16 Sep – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia seluruh rakyat Negeri Sembilan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEPANG, 16 Sep – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat ke London, United Kingdom (UK) bagi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER