Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Anwar Tempelak HIDE Tidak Telus Lawan Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

PETALING JAYA, 11 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan ketelusan sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) yang dilihat tidak membantu membendung jangkitan COVID-19.

Menurut beliau, pihaknya telah mencadangkan Jawatankuasa Khas Darurat supaya membuat penilaian bersama pakar-pakar, namun perlu telus.

“Ini tidak berlaku, apa yang diungkitkan adalah soal kerahsian maklumat peribadi, kita tidak perlu dedahkan kepada jawatankuasa penyelidikan.

“Kita masih mempunyai pilihan untuk melindungi soal privasi dan data peribadi kita,” katanya dalam satu rakaman video berdurasi 16 minit 48 saat yang dikongsi dalam Facebook beliau pada Selasa.

Justeru, Anwar yakin kerajaan perlu ada penelitian yang menyeluruh.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mempersoalkan soal pemberian vaksin yang pada awalnya dikatakan mampu menanggung sehingga 75,000 sehari.

“Tapi sekarang hanya lebih 20,000 individu dapat divaksin pada setiap hari. Kalau ikut perancangan awal, sekurang-kurangnya lima juta penduduk sudah divaksin setakat ini, berbanding hanya satu juta,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 17 Sep – Ikuti siaran secara langsung Jelajah Ayuh Malaysia Johor Bahru yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 16 Sep – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia seluruh rakyat Negeri Sembilan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEPANG, 16 Sep – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat ke London, United Kingdom (UK) bagi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER