Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Thailand Kesan Varian Covid-19 Pertama Dari India

Kongsikan Artikel Ini

BANGKOK, 10 Mei – Thailand mengesan kes pertama varian COVID-19 India, membabitkan seorang ibu dan anak warga tempatan yang baru pulang dari Pakistan.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan, berkata wanita berusia 42 tahun itu dan tiga anak lelakinya yang berusia antara empat hingga lapan tahun tiba di Thailand dari Pakistan pada 24 April.

“Semua mereka berada di pusat kuarantin. Ibu dan anaknya yang berusia 4 tahun disahkan positif sementara dua lagi anaknya negatif.

“Chulalongkorn Memorial Hospital pada Ahad menjalankan rawatan genom kerana sejarah perjalanan mereka. Analisis lanjut menunjukkan adanya varian India,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau menambah, pihak berkuasa kesihatan menyuarakan kebimbangan varian baharu itu mungkin akan menyebabkan negara dalam keadaan berisiko tinggi untuk menghadapi lebih banyak jangkitan.

Varian B.1.617.1 dikesan buat pertama kali di India pada Oktober sebelum merebak ke negara lain.

Pakistan, Nepal dan Bangladesh adalah antara negara yang dikesan mempunyai virus ini.

Thailand melarang penerbangan dari India buat sementara waktu mulai 1 Mei.

Bagaimanapun, penerbangan pulang untuk mengangkut sejumlah 74 warga Thailand dari India tiba pada 8 Mei, sementara dua penerbangan lagi dijadualkan masing-masing tiba pada 15 dan 22 Mei.

Sementara itu, Dr Apisamai, berkata Kementerian Luar dan Jabatan Kawalan Penyakit mengadakan perbincangan untuk menggantung permit masuk dari Pakistan, Bangladesh dan Nepal.

Setakat ini, Thailand mencatat 1,630 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan 85,005 dan 421 kematian. – BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER