Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Pengembara Dari Singapura Wajib Kuarantin 14 Hari

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 10 Mei – Kerajaan memutuskan semua pengembara dari Singapura yang masuk ke Malaysia menggunakan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari bermula Khamis ini di stesen kuarantin sudah diwartakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara, hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas Malaysia menyenaraikan Singapura sebagai antara negara yang melaporkan penularan Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2 dalam komuniti.

“Ia berdasarkan kepada laporan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura, yang mana laporan kes berkenaan membabitkan varian Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom B.1.1.7, varian Brazil B.1.1.28 (P1), termasuk Variant of Interest (VOI) dari India iaitu B.1.617.1,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, selain itu sidang khas berkenaan turut bersetuju menggantung sementara waktu bagi Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) Malaysia-Singapura bermula Khamis ini.

“Pengembara dari Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan perlu menggunakan saluran One Stop Centre (OSC) yang disediakan pihak Lembaga Pembangunan Malaysia (MIDA),” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER