Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

AC Milan Tolak Juventus Dalam Zon Bahaya

Kongsikan Artikel Ini

MILAN, 10 Mei – Gergasi Itali, AC Milan menolak satu lagi gergasi, Juventus keluar dari kelompok empat kelab teratas Serie A dengan kemenangan 3-0 di Turin yang mencerahkan peluang mereka untuk kembali ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak tahun 2014.

Brahim Diaz meletakkan Milan di depan sebelum rehat dengan Anton Rebic dan Fikayo Tomori melengkapkan kemenangan di babak kedua selepas Franck Kessie gagal menyempurnakan penalti.

Milan melonjak ke tangga ketiga, menyamai Atalanta di tangga kedua pada 72 mata dengan Napoli di tangga keempat pada 70 mata.

Juventus tergelincir ke tangga kelima, satu mata di belakang Napoli dengan tiga perlawanan berbaki, termasuk pertembungan dengan juara baharu Inter Milan minggu depan.

“Kami mengharungi perlawanan yang hebat, kemenangan ke atas pesaing utama adalah amat penting.

“Kami masih perlu berjuang. Pasukan muda saya semakin matang,” kata pengendali Milan Stefano Pioli.

The Old Lady mesti menang kesemua perlawanan tanpa mengharapkan kekalahan Atalanta atau Napoli bagi menghidupkan peluang kembali ke liga elit Eropah itu musim depan.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 14 Sep – Tandukan minit ke-89 Joel Matip memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Ajax dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 12 Sep – Pertembungan berprofil tinggi Liga Europa, Arsenal dan PSV Eindhoven ditangguhkan berikutan kekurangan anggota keselamatan yang terlibat persediaan pengebumian...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Sep – Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) iaitu divisyen utama di England, hujung minggu ini, ditangguhkan untuk menghormati kemangkatan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 8 Sep – Chelsea mahukan Graham Potter berada di kerusi pengurus bagi aksi menentang tetangga London, Fulham Sabtu ini. Bos Brighton...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER