Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Tutup Jambatan Pun Masih Tak Serik-Serik?

Kongsikan Artikel Ini

TUMPAT, 9 Mei – Laluan dari Wakaf Bharu menuju ke Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini mengalami kesesakan teruk sepanjang kira-kira lima kilometer (km) berikutan penutupan laluan bertingkat.

Keadaan itu semakin teruk kerana turut membabitkan pengguna jalan raya dari arah Tendong, Pasir Mas yang menggunakan laluan itu berikutan Jambatan Tendong ditutup sementara sejak semalam bagi meminimumkan pergerakan kenderaan masuk ke Kota Bharu berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Rata-rata pengguna jalan raya mengeluh kerana terperangkap antara tiga hingga lima jam dalam kesesakan jalan raya itu sehingga menyebabkan banyak urusan tertangguh.

Seorang pemilik kedai runcit, Roziyana Che Ahmad, 47 berkata, dia bertolak dari rumahnya di Chabang Empat di sini pada jam 10 pagi tadi untuk membuka premisnya di Bunut Payong.

Dia berkata, sebaik tiba di bulatan Wakaf Bharu, kesesakan mulai berlaku dan adakalanya kenderaan langsung tidak bergerak dalam tempoh yang lama.

“Memang sangat terkejut dan tidak menyangka dengan situasi begini dan biasanya perjalanan saya ke kedai hanyalah setengah jam tapi hari ini sudah tiga jam, masih belum dapat memasuki jambatan.

“Difahamkan sejak petang semalam lagi berlaku kesesakan di laluan ini tapi tidak seteruk hari ini dan mungkin esok saya akan bertolak dari rumah lebih awal beberapa jam supaya kedai runcit dapat dibuka tepat jam 10.30 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Situasi kesesakan jalan raya itu dianggap luar biasa malah ada yang mendakwa ia disebabkan orang ramai yang ingin keluar membeli kelengkapan hari raya malah tidak kurang beranggapan disebabkan kepulangan perantau.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd Azizi Ismail, 30, berkata dia ingin ke sebuah bank di Kota Bharu untuk satu urusan penting namun sebaik beberapa minit bertolak dari rumahnya di Kampung Tendong, dia terkejut mendapati kesesakan yang luar biasa berlaku.

“Biasanya untuk ke Kota Bharu saya akan menggunakan laluan Jambatan Tendong tapi apabila ia ditutup semalam, saya terpaksa beralih menggunakan laluan Pasir Pekan sebelum memasuki Jambatan Sultan Yahya Petra.

“Sudah dua jam saya terperangkap dan berkira-kira untuk patah balik pulang ke rumah kerana tidak sanggup meneruskan perjalanan biarpun terpaksa menangguhkan urusan,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER