Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Leeds United Lebur Hajat Tottenham Hotspur

Kongsikan Artikel Ini

LEEDS, 8 Mei – Tottenham Hotspur menerima tamparan hebat dalam misi menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kelompok empat teratas liga apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-3 di tangan Leeds United, sebentar tadi.

Pada aksi di Elland Road itu, Stuart Dallas membuka tirai jaringan buat Leeds pada minit ke-13 namun Son Heung Min menyamakan kedudukan untuk Spurs lapan minit kemudian.

Bagaimanapun, Patrick Bamford kembali meletakkan Leeds di depan sebelum tamat babak pertama perlawanan menerusi jaringannya pada minit ke-42.

Rodrigo melengkapkan kemenangan bergaya Leeds apabila meledak gol ketiga pasukan itu pada minit ke-84 perlawanan.

Susulan kekalahan itu, Spurs kekal di tangga keenam liga dengan mengumpul 56 mata, lima mata di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea yang akan bertemu pendahulu, Manchester City, awal pagi nanti.

Leeds pula berjaya melonjak ke tangga kesembilan liga dengan kini mengutip 50 mata. – Agensi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 14 Sep – Tandukan minit ke-89 Joel Matip memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Ajax dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 12 Sep – Pertembungan berprofil tinggi Liga Europa, Arsenal dan PSV Eindhoven ditangguhkan berikutan kekurangan anggota keselamatan yang terlibat persediaan pengebumian...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Sep – Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) iaitu divisyen utama di England, hujung minggu ini, ditangguhkan untuk menghormati kemangkatan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 8 Sep – Chelsea mahukan Graham Potter berada di kerusi pengurus bagi aksi menentang tetangga London, Fulham Sabtu ini. Bos Brighton...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER