Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Hamilton Rai Kejayaan Petak Pertama Ke-100 Di GP Sepanyol

Kongsikan Artikel Ini

Lewis Hamilton meraikan kejayaannya merangkul petak pertama ke-100 di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol sebentar tadi.


BARCELONA, 8 Mei
– Juara dunia, Lewis Hamilton muncul pelumba Formula Satu (F1) pertama meraih petak depan buat kali ke-100 dalam Grand Prix (GP) Sepanyol sebentar tadi.

Pemandu Mercedes itu menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa terpantas satu minit, 16.741 saat di Litar Catalunya.

Hamilton, 36, mengenepikan pesaing terdekatnya, Max Verstappen dari Red Bull dengan kelebihan 0.036s, manakala seorang lagi pemandu Mercedes, Valtteri Bottas di tempat ketiga.

Kejayaan terbaru pemandu Britain itu membolehkan dia terus menjarakkan kedudukan dengan Michael Schumacher yang meraih petak utama 68 kali.

“Oh wow. Saya tidak percaya mencatat angka 100.

“Ia hasil kerja keras mereka yang berada di kilang (pengeluar) yang tidak berputus asa untuk memastikan kami terus meraih keputusan terbaik,” kata Hamilton. – AGENSI

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 14 Sep – Tandukan minit ke-89 Joel Matip memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Ajax dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 12 Sep – Pertembungan berprofil tinggi Liga Europa, Arsenal dan PSV Eindhoven ditangguhkan berikutan kekurangan anggota keselamatan yang terlibat persediaan pengebumian...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Sep – Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) iaitu divisyen utama di England, hujung minggu ini, ditangguhkan untuk menghormati kemangkatan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 8 Sep – Chelsea mahukan Graham Potter berada di kerusi pengurus bagi aksi menentang tetangga London, Fulham Sabtu ini. Bos Brighton...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER