Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Dr Noor Hisham Kembali Setelah Dua Bulan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Setelah lebih dua bulan tanpa sidang media rasmi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini kembali tampil melaporkan perkembangan harian situasi COVID-19 di Malaysia secara langsung.

Pastinya, sidang media kali ini ditunggu-tunggu banyak pihak kerana sejak COVID-19 melanda negara lebih setahun lalu, beliau dan pasukannya tanpa gagal dan hampir setiap hari membentangkan situasi pandemik COVID-19 negara.

Kali terakhir beliau mengadakan sidang media ialah pada 4 Mac lepas.

Sidang media di Dewan Serbaguna, Aras 8, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya hari ini terbuka kepada semua media.

Sidang media yang bermula 5.20 petang itu, Dr Noor Hisham seperti biasa dengan diiringi Timbalannya Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, tenang menjawab setiap soalan yang dikemukakan wartawan mengenai COVID-19.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 25 Sep – Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh mengenai serangan ke atas orang awam di selatan Ukraine, ketika Russia terus...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 25 Sep – Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasir tampil menyahut ‘cabaran’ bekas Perdana Menteri yang dipenjarakan, Najib Razak apabila...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER