Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Chelsea Malukan Manchester City Di Gelanggang Sendiri

Kongsikan Artikel Ini

Penyerang Manchester City, Raheem Sterling (kiri) dipintas pemain tengah Chelsea, N’golo Kante dalam perlawanan getir bagi kedua-dua pasukan di Stadium Etihad, Manchester, sebentar tadi – Foto: EPA

MANCHESTER, 8 Mei – Jaringan Marcos Alonso pada waktu kecederaan membantu Chelsea memalukan Manchester City 2-1 sebentar tadi, sekaligus menafikan hajat skuad The Citizens untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris di gelanggang sendiri di Etihad lebih awal.

City yang memerlukan kemenangan untuk dinobat sebagai juara bermula langkah kanan apabila Raheem Sterling meletakkan mereka di depan pada minit ke-44.

Anak-anak buah Pep Guardiola berpeluang menggandakan kedudukan 2-0 pada babak pertama, malangnya Sergio Aguero gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Aguero berdepan detik memalukan apabila tendangan lemahnya hanya meniti di tepi  gawang lawan.

Memasuki separuh masa kedua, Chelsea mula memberi ancaman sebenar kepada City dengan mengatur serangan bertali arus.

Akhirnya, Hakim Ziyech menghukum tuan rumah menerusi rembatan dalam kotak penalti di minit ke-65 untuk kedudukan 1-1.

Ketika permainan menunggu masa untuk ditamatkan, Alonso menyempurnakan hantaran silang Timo Werner, dua minit memasuki waktu kecederaan.

Kemenangan ini memberi suntikan moral buat anak-anak buah Thomas Tuchel menjelang pertembungan dua gergasi Liga Perdana Inggeris itu pada aksi final Liga Juara-Juara di Istanbul, Turki pada 29 Mei ini.

Ia juga mengukuhkan kedudukan Blues dalam kelompok empat teratas liga.

– SKY SPORTS

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 14 Sep – Tandukan minit ke-89 Joel Matip memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Ajax dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 12 Sep – Pertembungan berprofil tinggi Liga Europa, Arsenal dan PSV Eindhoven ditangguhkan berikutan kekurangan anggota keselamatan yang terlibat persediaan pengebumian...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Sep – Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) iaitu divisyen utama di England, hujung minggu ini, ditangguhkan untuk menghormati kemangkatan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 8 Sep – Chelsea mahukan Graham Potter berada di kerusi pengurus bagi aksi menentang tetangga London, Fulham Sabtu ini. Bos Brighton...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER