Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Pasport Singapura Kini Sah 10 Tahun

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 7 Mei – Pasport Republik Singapura akan sah selama tempoh 10 tahun, berbanding lima tahun ketika ini bagi permohonan yang dihantar sejak Oktober.

Perkara itu diumumkan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan hari ini.

Pertambahan tempoh sah itu tertakluk untuk warganegara Singapura berusia 16 tahun ke atas yang mengemukakan permohonan pasport pada atau selepas 1 Oktober.

“Ini akan mengurangkan kekerapan untuk memperbaharui pasport dan menyediakan keselamatan meluas untuk warganegara Singapura,” kata ICA.

Bagaimanapun, tiada perubahan fi permohonan pasport yang akan kekal pada harga SGD70 (RM216.25).

Bagi permohonan yang dihantar sendiri menerusi perwakilan luar negara Singapura, perlu membayar SGD80 (RM247.15) dalam mata wang asing.

Untuk warganegara yang berusia 16 tahun ke bawah, pasport yang sah kekal bagi tempoh lima tahun.

“Oleh kerana ciri-ciri wajah kanak-kanak berubah dengan lebih cepat, memperbaharui pasport setiap lima tahun akan membolehkan gambar di pasport mereka dikemas kini lebih kerap.

“Ia akan mengurangkan masalah pengenalan diri ketika melalui imigresen,” jelas ICA.

Tempoh sah pasport Singapura pernah dikurangkan dari 10 kepada lima tahun pada 2005 berikutan pengenalan pasport biometrik. – Agensi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER