Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Jerman Berjaya Kekang Jangkitan Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

BERLIN, 7 Mei – Menteri Kesihatan, Jens Spahn, hari ini, berkata Jerman dilihat berjaya menghentikan lonjakan jangkitan COVID-19 varian Britain, namun mengingatkan supaya terus mematuhi sekatan.

“Gelombang ketiga dilihat berjaya dikekang. Angka jangkitan terus menurun, tetapi kita masih berada pada tahap tinggi. Masih pada kadar sama, tetapi semakin menurun,” katanya pada sidang media di Berlin.

Agensi Kesihatan Institut Robert Koch Jerman mencatatkan 18,485 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam terakhir hari ini, berbanding 27,543 pada hari sama, dua minggu lalu.

Jumlah jangkitan baharu bagi setiap 100,000 orang dalam tempoh tujuh hari terakhir adalah 125.7.

Berdasarkan tindakan virus nasional diperkenalkan April lalu, kawasan dengan kadar insiden di bawah 100 dibenarkan mengurangkan beberapa sekatan, tetapi Spahn memberi amaran pengurangan terlalu cepat ‘hanya akan merangsang virus’.

“Dalam fasa pandemik ini, sebenarnya tidak perlu memperjudikan pencapaian,” katanya.

Peraturan ‘darurat’ menetapkan tindakan mengekang sangat ketat di kawasan dengan kadar melebihi 100, termasuk penutupan menyeluruh, sekatan kontak dan perintah berkurung ketika malam.

Bagaimanapun, dewan tertinggi Parlimen Bundesrat hari ini, meluluskan undang-undang baharu bagi menghapuskan beberapa larangan bagi individu sudah divaksin sepenuhnya dan pulih daripada COVID-19. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER