Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Villarreal Hancurkan Sisa-Sisa Perjuangan Arsenal

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 6 Mei – Arsenal mengharungi kempen yang amat mengecewakan musim ini selepas gagal mara ke perlawanan akhir Liga Europa.

Keputusan seri 0-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Emirates sebentar tadi  menyaksikan anak-anak buah Mikel Arteta ditunjukkan jalan keluar oleh Villarreal secara agregat 1-2.

Dua tendangan Pierre-Emerick Aubameyang menggegar palang, namun secara keseluruhan, The Gunners tidak menunjukkan kesungguhan untuk bangkit mencari kemenangan di laman sendiri.

Mereka kini berdepan risiko gagal beraksi di pentas Eropah buat kali pertama dalam tempoh 25 tahun, kecuali berjaya melakar keajaiban pada baki empat saingan Liga Perdana Inggeris.

Kelab London itu kini menghuni tangga kesembilan liga dengan mengumpul 49 mata.

Villarreal yang dibimbing bekas pengendali Arsenal, Unai Emery bakal berdepan Manchester United dalam perlawanan akhir di Gdansk pada 26 Mei.

Arsenal gagal mempamerkan aksi sebenar sepanjang 45 minit pertama, malah tidak cukup agresif memasuki babak kedua.

“Kami hancur, benar-benar kecewa tetapi kami harus mengucapkan tahniah kepada Villarreal.

“Apabila mendapat peluang, kami tidak menjaringkan gol. Pada saat-saat akhir kami menunjukkan bermain lebih baik, namun ia sudah terlewat,” kata Arteta.

Kegagalan ini meletakkan kedudukan Arteta sebagai jurulatih Gunners kini dalam bahaya.

Ketika ditanya apakah dia merasa tertekan, Arteta membalas: “Saya merasakan tekanan sepanjang masa kerana ingin melakukan sebaik mungkin untuk masa ini.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER