Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Singapura Kuat Kuasa Larangan Baharu Lawan Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 5 Mei – Kerajaan republik ini mengumumkan sekatan baharu COVID-19, termasuk larangan menonton acara sukan secara langsung susulan peningkatan jangkitan.

Kegiatan berkumpulan terhad kepada lima orang manakala lebih ramai pekerja disarankan bekerja dari rumah, kata pegawai pada sidang media hari ini.

Gimnasium dan studio kecergasan akan ditutup selain jumlah persidangan, perkahwinan dan pengebumian akan dikurangkan manakala pelancong dari kebanyakan negara akan dikuarantin selama tiga minggu.

Selepas perintah berkurung separa, saringan dan pengesanan kontak, COVID-19 hampir lenyap di Singapura dengan pihak berkuasa melaporkan hampir tiada jangkitan tempatan sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, minggu lalu kes meningkat dengan pegawai mengumumkan beberapa kelompok baharu dan 60 jangkitan tempatan direkodkan dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kluster di hospital terbesar Singapura, Hospital Tan Tock Seng, meningkat kepada 40 kes, termasuk seorang pesakit berusia 88 tahun yang maut Sabtu lalu.

Filipina, Malaysia dan Thailand turut melaporkan ribuan kes COVID-19 baharu, manakala Indonesia memaklumkan mengesan beberapa jangkitan varian SARS-CoV-2 baharu di Jakarta, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Kementerian Kesihatan Filipina mengesahkan 7,255 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,062,225 kes termasuk 17,525 kematian.

Negara Asia Tenggara itu memulakan program vaksinasi dengan memberi lebih 1.9 juta dos vaksin COVID-19 kepada rakyatnya bermula Mac lalu.

Kerajaan Filipina merancang memberi vaksin kepada 70 juta orang tahun ini, bagi mencapai komuniti kelompok.

Menteri Kesihatan Awam Thailand pada hari sama, melaporkan 31 kes kematian juga bilangan harian tertinggi, selain 2,041 kes jangkitan, menjadikan  jumlah kumulatifnya meningkat kepada 71,025 kes manakala 276 mangsa terkorban.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi mengumumkan republik itu mencatat dua kes jangkitan varian B.1.617 di Jakarta.

Katanya, jangkitan varian SARS-CoV-2 dari Afrika Selatan dilaporkan di Bali, selain Indonesia ketika ini, mencatat 1,677,274 kes termasuk 45,796 kematian.

Kerajaan Kemboja mengumumkan keputusannya untuk menarik balik perintah berkurung di Phnom Penh dan bandar berhampiran ibu kota, Takhmao di wilayah Kandal, mulai esok.  – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER