Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Boleh Lompat Parti Kerana Tak Menyalahi Undang-Undang – SPRM

Kongsikan Artikel Ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang negara ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, ini kerana tiada undang-undang yang melarang ahli politik lompat parti selain tiada undang-undang khusus berkaitan anti-lompat parti.

“Siapa-siapa yang hendak lompat parti, boleh lompat itu hak kebebasan masing-masing. Tidak ada lagi undang-undang yang melarang mana-mana pihak pergi ke parti lain.

“Anti-hopping law ini tidak wujud lagi, Jadi sebab itu saya tidak ada hendak komen sangat kerana ini bukan satu kesalahan.

“Setakat itu saya boleh komen, kalau mereka yang kita siasat kebanyakannya contohnya meraih sokongan dan bayar wang.

“Dan kita siasat bawah Akta SPR (Suruhanjaya Pilih Raya). Kes Natrah (Ahli Parlimen Sekijang) kita sudah siasat dan tiada pembayaran dikatakan RM10 juta yang disebut-sebut banyak pihak,” katanya.

Beliau diminta mengulas saranan bekas Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang menggesa SPRM menyiasat dakwaan unsur rasuah berkaitan ahli politik lompat parti bagi mendapatkan habuan.

Abdul Hamid berkata, pihaknya memerangi rasuah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun dalam politik rasuah berlaku di mana-mana.

“Saya lawan rasuah dalam pasukan, tapi saya tengok rasuah merata-rata dalam politik. (Pemimpin) mabuk kuasa dan membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli). Itu adalah rasuah,” katanya pada sidang akhbar terakhirnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER