Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Politik Dari Sudut Faktor Bongkak Dan Tidak Bersyukur

Kongsikan Artikel Ini

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Bangkit atau tumbangnya sesebuah kerajaan adalah atas kehendak Allah yang Maha Berkuasa. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran: Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran [3] : 26)

2) Antara faktor yang menyebabkan sesebuah kerajaan itu ditakdirkan tumbang, adalah disebabkan penguasanya bongkak manakala rakyatnya pula tidak bersyukur. Apabila berkumpul kedua-dua faktor ini, dengan kehendak Allah, kerajaan itu tumbang. Kerana – Allah tidak menyukai orang-orang yang angkuh dan sombong, serta Allah telah memberi amaran azab yang keras ke atas orang-orang yang mengkufuri nikmat.

3) Kalau pemimpin sahaja bongkak, rakyat masih bersyukur, maka pemimpin itulah yang akan dihukum. Rakyat akan mendapat nikmat yang bertambah. Atau jika pemimpin tidak membongkak, tetapi rakyat jenis suka komplen itu ini tak kena (dalam erti kata tidak bersyukur), kerajaan masih terus berjalan, cuma rakyat sedar tidak sedar akan terjerut dengan masalah ekonomi, sosial dan sebagainya.

4) Jatuhnya kerajaan BN kerana adanya pemimpin yang bongkak dengan lamanya berkuasa, seolah tidak akan kalah. Mereka rasa mereka tetap akan menang lagi walaupun mereka tidak mengendahkan teguran rakyat. Pada masa yang sama, rakyat juga dihasut supaya tidak bersyukur dengan apa yang ada. Segala kebaikan yang diusahakan oleh kerajaan BN, dinafikan dan ditroll, dibakulsampahkan seolah-olah kerajaan BN tak ada kebaikan langsung. Berkumpulnya dua faktor ini pada peak PRU14, kerajaan BN tumbang.

5) Naik kerajaan PH. Apabila kerajaan PH naik hasil daripada rakyat tidak bersyukur pada zaman BN, maka kerajaan PH tidaklah menjadi kerajaan yang lebih baik daripada BN. Kerana ia adalah hukuman kepada rakyat yang tidak mahu bersyukur. Pemimpin yang bongkak pada zaman BN telah dihukum dengan kekalahan dan pertuduhan mahkamah. Manakala rakyat menanggung kafarah dengan mendapat kerajaan yang lebih teruk daripada BN.

6) Sudahlah kerajaan PH teruk, pemimpinnya pula berkali ganda lebih angkuh dan bongkak berbanding kebongkakan pemimpin zaman BN. Semua orang dapat lihat kebongkakan mereka sejak awal kemenangan sehingga akhirnya tumbang terlungkup. Tak perlu ulas panjang, akhirnya mereka dihukum dengan ketumbangan yang menggemparkan.

7) Naik pula kerajaan PN. Di dalamnya terkumpul pemimpin-pemimpin BN yang menginsafi kekalahan terdahulu, pemimpin PAS mengusahakan penyatuan ummah serta pemimpin BERSATU yang meninggalkan PH – membentuk kerajaan tanpa manifesto. Tiada tanda-tanda bongkak pada awal pentadbiran dan bersama rakyat menghadapi pandemik. Rakyat pula masih dalam mode lega selepas PH tumbang. Masing-masing mahu lihat apa yang kerajaan PN boleh buat.

8 ) Hari ini rakyat mula memprotes kerja-buat kerajaan PN. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Semakin hari semakin ramai rakyat tidak selesa dengan keputusan-keputusan kerajaan yang dilihat cacamerba. Walau apa pun kebaikan yang kerajaan PN cuba berikan, akan dipatahkan, ditroll dan dibakulsampahkan. Pengarah Kesihatan yang dikatakan terbaik pada awalnya juga hari ini turut dikecam. Hatta ulamak dan mufti turut ‘dibelasah’ dengan penuh kebencian hanya kerana polis tidak izinkan ziarah nenek meninggal dan tahnik cucu. Polis yang tak beri kebenaran, mufti pula yang kena bahan.

9) Bibit-bibit ketidak-syukuran rakyat semakin menjadi-jadi. Bahkan semakin toksik tanpa dapat dikawal. Stress masing-masing accumulate dan akan meletup jika tidak disedarkan supaya bersabar dan bertenang. Rakyat sudah lupa dengan ayat jika mereka bersyukur, mereka akan dapat sesuatu yang lebih baik. Mereka sedang menuju ke arah tidak bersyukur. Apa sahaja nasihat dan teguran, tidak lagi akan masuk ke dalam jiwa mereka. Yang semakin jelas adalah jiwa rebel sedang berkembang.

10) Kerajaan PN akan tumbang sedikit sahaja lagi jika pemimpinnya mula bongkak dan angkuh. Kejatuhan masih tertahan kerana index bongkak belum mencapai tahapnya. Rakyat sudah mula tidak bersyukur, tetapi kerajaan belum mencapai tahap bongkak sedahsyat zaman PH – maka kerajaan PN masih remain. Maka berwaspadalah pemimpin kerajaan jangan sampai jadi bongkak saat melayan karenah rakyat.

11) Jika kerajaan PN jatuh disebabkan dua faktor ini, maka kita akan dapat kerajaan yang lebih teruk selepas ini. Tetapi jika dua faktor ini tiada – yang mana kerajaan buat kerja dengan rendah diri dan tawadhuk, serta rakyatnya sentiasa bersyukur, pada ketika itu mungkin kita akan satu kerajaan yang lebih baik daripada BN, PH dan PN. Betul kaaaaa ni??? Macam nak menjilat kerajaan PN ja ni????

12) “Enta belum tau lagi kah? Ini ana nak kasi tau sama enta lah. Kekayaan, kebahagiaan rumahtangga, semua datang dari Allah. Bukan daripada bapak (abah)” – (Syawal ibni Zulqaedah, Ahmad Albab 1968) .

Sekian

p/s: Sebenarnya ada satu garisan nipis yang membezakan antara tidak bersyukur dan menegur kesilapan pemerintah. Saya tidak nampak orang yang memaki ulamak itu sebagai menegur kesilapan pemerintah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER