Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Integriti Polis: Saya Akan Sentuh Tak Lama Lagi – Acryl Sani

Kongsikan Artikel Ini

Ketua polis negara yang baru Acryl Sani Abdullah Sani berkata dia akan membentangkan fokus dan tindakan, termasuk berkaitan isu integriti pasukan keselamatan itu, dalam sesi khas kepada media tidak lama lagi.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas isu integriti pasukan polis yang dibangkitkan pendahulunya Abdul Hamid Bador.

“Saya akan bentangkan apa perkara yang perlu dilihat dan difokuskan ikut turutan isu. Tunggulah nanti kita akan ada sesi yang lebih menyeluruh,” kata Acryl Sani.

Dia berkata demikian dalam sidang media pertamanya sebagai ketua polis negara bersama Hamid selepas majlis penyerahan tugas di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Hamid minggu lepas mengkritik keras campur tangan politik, khususnya oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dalam tugas harian dan pelantikan pegawai kanan polis.

Hamid turut membangkitkan lagi isu integriti pasukannya ketika menceritakan usahanya membasmi salah guna kuasa dan rasuah dalam pasukan polis.

‘Beban di bahu saya’

Sementara itu, Acryl menyifatkan tanggungjawab diterimanya hari ini seolah-olah beban berat atas bahunya.

Bagaimanapun, katanya, dia percaya tidak bersendirian dalam menggalasnya.

“Saya yakin atas kepercayaan barisan pengarah, ketua polis negeri dan OCPD untuk kita teruskan usaha untuk kesejarahteraan dan keselamatan rakyat.

“Insya-Allah saya akan umumkan hala tuju baharu dalam sesi akan datang,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER