Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Bekas KPN: Adakah Para Ulama Politik Tidak Faham Penjelasan Saya?

Kongsikan Artikel Ini

“Wahai para ulama politik sekalian, sila buka mata dan dengar tentang penjelasan diberikan sebelum mengkritik tindakan saya dedahkan campur tangan menteri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM)”.

Itu penjelasan diberikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador susulan Dewan Ulama Pas mengkritik pendedahan yang dilakukannya.

“Sudah saya jelaskan bagaimana aduan telah saya buat kepada perdana menteri dan Ketua Setiausaha Negara tentang hal ini. Adakah para ulama politik ini tidak faham tentang penjelasan itu?

“Bagi saya apa gunanya ilmu agama tinggi melangit yang ada pada diri masing-masing tetapi takut untuk berterus terang selain tidak berusaha untuk mengatasinya,” katanya kepada media hari ini.

Malah beliau mengakui hubungannya dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin memang tidak harmoni.

Abdul Hamid mendakwa sikap Hamzah mempolitikkan PDRM sejak jadi menteri mengecewakannya dan ia berbeza semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri sebelum itu.

Malah beliau juga telah bersemuka dengan namun ia tidak ada jalan penyelesaian kerana Hamzah masih mahu kuasa dalam PDRM.

Susulan kritikan terbuka itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Mohd Nor Hamzah berkata, tidak wajar individu seperti Abdul Hamid yang tahu mengenai undang-undang dan menjaga keadilan negara beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER