Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Perlawanan United-Liverpool Tertangguh Lebih Sejam

Kongsikan Artikel Ini

MANCHESTER , 2 Mei – Perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) di antara Manchester United menentang Liverpool yang sepatutnya berlangsung pukul 11.30 malam ini ditangguhkan lebih sejam selepas penyokong United memecah masuk ke Stadium Old Trafford.

Gerakan anti-Glazer dilancarkan penyokong United, terutama selepas kelab itu menyertai rancangan pembentukan Liga Super Eropah yang menemui kegagalan bulan lalu.

Lebih 1,000 peminat berkumpul di luar stadium dengan membawa sepanduk yang menggelar pemilik United, Glazer sebagai ‘tamak’ dan mementingkan diri.

Mereka kemudian memasuki kawasan padang untuk meneruskan protes dan menyebabkan status perlawanan kini samar.

“Sangat penting pandangan penyokong didengar dan kami perlu berkomunikasi dengan lebih baik.

“Tugas saya adalah fokus kepada bola sepak dan menyediakan pasukan terbaik,” kata pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER