Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Hanif Omar: “Polis Hanya Tunduk Pada Undang-Undang, Bukan Menteri”

Kongsikan Artikel Ini

Bekas ketua polis negara, Hanif Omar berkata, tiada menteri boleh mengarahkan Pesuruhjaya Polis melakukan sesuatu yang tidak sah dari segi undang-undang.

Dalam mesej tahniah kepada bakal Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, yang kini tersebar di media sosial, Hanif berkata, menteri tidak boleh mengarahkan pesuruhjaya polis “tidak melakukan apa yang dibenarkan dari segi undang-undang”.

Dengan memetik kes Common Law di United Kingdom, katanya, ini terkandung dalam penghakiman Hakim Denning dalam kes Peguam Negara dan Pesuruhjaya Polis pada 1973.

Hanif, yang pernah menjadi KPN selama 20 tahun, berkata hanya Pesuruhjaya Polis boleh menentukan keutamaan terhadap mana-mana tugasnya.

“Polis hanya boleh tunduk kepada undang-undang dan bukannya individu lain, walaupun menterinya sendiri,” katanya dalam mesej berasingan kepada media.

Mesej Hanif menyusul pendedahan Abdul Hamid Bador yang bakal bersara minggu depan berhubung campur tangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dalam urusan polis.

Hamid mendakwa arahan dikeluarkan Hamzah untuk menangguhkan pertukaran pegawai kanan polis.

Katanya, Hamzah turut berusaha mendapatkan kuasa untuk menentukan di mana pegawai polis akan ditempatkan.

Hanif turut mengimbau pertemuannya dengan Acryl Sani, sekembalinya daripada cuti pengajian di UK dan mendapati beliau ialah jurutera.

Katanya, kesungguhan dan kegigihan Acryl Sani selama ini akhirnya membuahkan hasil.

“Pelbagai kartel sedang menunggu tindakan anda,” katanya yang mungkin merujuk dakwaan Hamid berhubung kartel polis terdiri daripada pegawai muda yang mahu menguasai pasukan itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER