Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Bazar Ramadan Ditutup, Peniaga Positif Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

BESUT, 2 Mei – Dua bazar Ramadan di daerah Besut di sini, diarah ditutup tujuh hari berkuat kuasa semalam hingga Jumaat depan.

Penutupan dua bazar Ramadan masing-masing di Kampung Kuala Besut dan Bukit Kenak itu dikuatkuasakan selepas ada peniaga disahkan positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri (JKNT), Dr Nor Azimi Yunus, berkata siasatan mendapati tiga daripada enam pekerja di sebuah kafe di daerah Besut yang didapati positif COVID-19, turut berniaga di kedua-dua bazar itu.

Katanya, dua bazar itu diarah tutup mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bagi tujuan mencegah penularan COVID-19.

“Tahun ini, sebanyak 69 lokasi bazar Ramadan dengan 4,326 petak niaga beroperasi di seluruh negeri.

“Daripada jumlah itu, 22 lokasi adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (19), Besut (10), Setiu (enam), Dungun (lima), Marang (lima) dan Hulu Terengganu (dua).

“Peniaga dan pengunjung bazar Ramadan serta Aidilfitri diingatkan supaya sentiasa mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER