Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Manchester City Makin Hampiri Kejuaraan Liga

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 1 Mei – Manchester City mungkin boleh dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris (PL) minggu ini selepas menumpaskan Crystal Palace 2-0 sebentar tadi.

Kemenangan di Selhurst Park itu meletakkan anak-anak buah Pep Guardiola sebelah kaki untuk menjulang kejuaraan liga buat kali ketujuh dan menunggu keputusan perlawanan Manchester United menentang Liverpool esok dengan penuh debaran.

City kini mengungguli liga dengan kelebihan 13 mata ketika saingan berbaki empat perlawanan. Itu bermakna, United tidak mampu lagi menghambat mereka jika pasukan itu kalah kepada Liverpool di Old Trafford.

Jaringan berkualiti Sergio Aguero pada minit ke-57, diikuti gol Ferran Torres, dua minit berselang memastikan skuad The Citizens melakar kemenangan ke-25 daripada 34 perlawanan musim ini.

Kemenangan ini pasti menyuntik semangat City menjelang separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Etihad, Rabu depan.

Pasukan itu juga sudah sebelah kaki untuk mara ke final kejohanan kelab elit Eropah tersebut selepas menang 2-1 dalam aksi pertama, Khamis lalu.

Bagi Palace, kekalahan tidak memberi banyak perbezaan kerana mereka jauh dari zon penyingkiran dengan menghuni tangga ke-13 menerusi 38 mata.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER