Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Keluarga Kru Kapal Selam Beri Penghormatan Terakhir

Kongsikan Artikel Ini

DENPASAR, 30 April – Anggota keluarga kru kapal selam Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) KRI Nanggala 402, hari ini memberikan penghormatan terakhir dengan menabur kalungan bunga dan berdoa di lokasi kapal itu tenggelam.

Anggota keluarga kepada 53 kru kapal berkenaan dibawa menggunakan kapal TNI, Dr. Soeharso (SHS)-990 dari Pelabuhan Ketapang Banyuwangi ke perairan Bali, di lokasi kapal malang itu tenggelam pada kedalaman 838m.

TNI dalam kenyataan berkata, upacara berkenaan dipimpin Ketua Staf Angkatan Laut TNI, Yudo Margono.

Kapal TNI Dr. Soeharso itu turut diiringi lima kapal TNI yang lain semasa upacara berkenaan, serta MT. Swift Rescue dari Singapura dan MV. Mega Bakti milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang turut membantu dalam operasi pencarian sebelum ini.

Pada 25 April, Panglima TNI Hadi Tjahjanto mengumumkan KRI Nanggala 402 tenggelam dan semua kru terkorban, selepas kapal selam itu dilaporkan hilang pada 21 April.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER