Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Villarreal Gagal Benam Arsenal

Kongsikan Artikel Ini

MADRID, 29 April – Pengendali Villarreal, Unai Emery menang 2-1 ke atas pasukan lamanya Arsenal, yang terpaksa beraksi 10 orang selepas Dani Ceballos dibuang pada separuh akhir pertama Liga Europa itu.

Manu Trigueros dan Raul Albiol meletakkan Villarreal di depan di La Ceramica dan Arsenal bertambah malang apabila Ceballos dilayangkan kad kuning kedua selepas rehat.

Namun Arsenal bangkit meledak satu gol di tempat lawan apabila Nicolas Pepe menyempurnakan sepakan penalti minit ke-73, sebelum pemain Villarreal, Etienne Capou turut dilayangkan kad merah ketika permainan berbaki 10 minit.

Pierre-Emerick Aubameyang hampir menjaringkan gol penyamaan untuk pelawat tetapi keputusan itu sudah cukup melegakan pengendali Arsenal, Mikel Arteta menjelang aksi timbal balik di London minggu depan.

“Ia mengubah sepenuhnya pertemuan ini. Ia memberi perbezaan besar. Kami sedar kedudukan kami, kami perlu lebih bagus dan jika dapat melakukannya kami akan berpeluang ke final,” kata Arteta.

Bagi Villarreal, peluang mengutip bekalan selesa disia-siakan tetapi kelebihan satu gol tetap meletakkan anak buah Emery di kedudukan lebih baik.

“Keadaan berpihak kepada kami dan menentang kami, tetapi kami perlu terus percaya.

“Cabaran cukup sukar sebelum perlawanan dan ia masih lagi sukar. Tetapi kini kami sudah menang dan mempunyai kelebihan,” kata Emery.

Satu lagi perlawanan separuh akhir antara Manchester United dan AS Roma berkesudahan United membenam Roma 6-2 di Old Trafford – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER