Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Gambar Cuci Lantai: ‘Cukup-Cukuplah Berlakon’

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 29 April – Gambar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali mencuci lantai Masjidil Haram di Mekah mendapat pujian di luar negara, namun lain reaksinya dari ahli keluarga beliau.

Rombongan Arab Saudi memberi tepukan apabila melihat gambar itu dibentangkan pada dialog melibatkan dua negara itu di Jeddah, kata Duta Malaysia ke Arab Saudi, Abdul Razak Abdul Wahab.

Beliau berkata, gambar yang tular sejak dua hari lalu menjadi tumpuan dalam mesyuarat delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan dua kementerian kerajaan Arab Saudi.

“Gambar itu menjadi slaid pertama dalam pembentangan Kementerian Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, yang disambut dengan tepukan oleh mereka yang hadir dalam mesyuarat berkenaan,” kata beliau kepada kepada Berita Harian.

Bagaimanapun di tanah air, adik Azmin, iaitu Ummi Hafilda, mempersoalkan keikhlasan abangnya itu memuat naik gambar itu.

“Sedangkan kamu menteri paling kanan, bukan pencuci lantai. Itu belum lagi bab ekonomi hancus hancai. Ramai pelabur besar lari ke Jakarta. Apa cerita?

“(Pergi) bersihkan kubur arwah mak, tu lagi bagus. Lagi afdal. Cukup-cukuplah berlakon berpuluh tahun,” kata Ummi di Facebook.

Dua beradik itu dilaporkan berseteru sekian lama.

Kelmarin, Azmin yang mengetuai misi perdagangan dan pelaburan negara ke Arab Saudi, memuat naik gambarnya membantu petugas Masjidil Haram mencuci lantai masjid suci itu yang dipenuhi air susulan hujan lebat selama beberapa jam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER