Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Terima Hakikat Tidak Boleh Balik Beraya

Kongsikan Artikel Ini

ALOR SETAR, 28 April – Anak Kedah yang berada di perantauan diminta tidak ‘curi-curi’ pulang menyambut Aidilfitri bagi mengelak berlaku jangkitan kes COVID-19 sehingga menyebabkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini berubah.

Semua pihak termasuk ibu bapa di kampung diharap berlapang dada dan menerima hakikat keputusan kerajaan tidak membenarkan rentas negeri.

“Lebih baik tidak balik kampung, tetapi nyawa masih di badan daripada balik dan menyebabkan orang kampung meninggal dunia atau terkesan akibat COVID-19.

“Sebarang keputusan dibuat kerajaan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kebaikan orang ramai. Mungkin akan ada sesetengah yang terjejas, tetapi ia terpaksa dilakukan demi kepentingan semua”.

Ini berikutan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, yang menegaskan umat Islam tidak dibenarkan balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri berikutan larangan perjalanan rentas negeri masih berkuat kuasa.

Keputusan itu dibuat berdasarkan pengalaman kerajaan sebelum ini, apabila membenarkan rakyat melakukan aktiviti rentas negeri sehingga menyebabkan berlaku peningkatan kes yang drastik.

“Ada pertimbangan tertentu yang dibuat kerajaan apabila tidak membenarkan rentas negeri. Ibu bapa saya sendiri pasti sedih kerana daripada 13 anak, cuma saya saja berada di Kedah dan dapat meraikan Aidilfitri bersama mereka.

“Perkara sama tentu berlaku kepada ibu bapa orang lain, tetapi kita kena reda dan menerima norma baharu ini agar semua pihak selamat,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER