Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Pil Cegah COVID-19 Pfizer Dijangka Siap Hujung Tahun Ini

Kongsikan Artikel Ini
SYARIKAT farmaseutikal Pfizer menjangkakan pil pencegahan peringkat awal COVID-19 siap pada hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Albert Bourla memberitahu CNBC bahawa pihaknya optimis pil tersebut akan dapat digunakan dalam masa terdekat.
“Sekiranya semuanya berjalan lancar, dan kita melaksanakan tahap kepantasan yang sama serta pihak pengawal selia melakukan hal yang sama, saya harap (ia boleh digunakan) pada hujung tahun ini,” katanya memetik laporan tersebut.
Dalam masa yang sama, Albert yakin pil tersebut lebih berkesan terhadap semua varian berbanding rawatan yang sedang digunakan ketika ini.
Pil PF-07321332 menjalani kajian fasa satu sejak awal Mac lalu.
Difahamkan, pil berkenaan sudah diberikan kepada 60 sukarelawan berusia antara 18 hingga 60 tahun di dua premis Pfizer di Amerika Syarikat (AS) dan Belgium
Bahan aktif dalam PF-07321332 dikatakan mampu mengikat enzim virus, sekali gus mencegah virus mereplika dalam sel.
Sebelum penggunaan vaksin termasuk Pfizer diluluskan, hanya ubat antivirus, Remdesivir yang mendapat kebenaran bagi merawat COVID-19.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER