Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Nomadland Filem Terbaik Oscars 2020

Kongsikan Artikel Ini

LOS ANGELES, 26 April – Filem Nomadland arahan sutradara wanita dari China, Chloe Zhao menang besar pada Anugerah Akademi edisi ke-93 yang berlangsung dari Union Station dan Dolby Theatre, Hollywood, pagi ini.

Selain diangkat Filem Terbaik, Nomadland mengungguli kategori Pengarah Terbaik (Zhao), Pelakon Wanita Terbaik (Frances McDormand), Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem Nomadland menewaskan tujuh karya hebat lain iaitu The Father, Judas and the Black Messiah, Mank, Minari, Promising Young Woman, Sound of Metal dan The Trial of the Chicago 7.

Kejayaan Zhao menerusi Pengarah Terbaik dianggap mengulangi sejarah wanita Asia kedua menang selepas kebangkitan filem Parasite dari Korea menerusi sentuhan Bong Joon-ho pada Anugerah Akademi, tahun lalu.

Nomadland memaparkan kehidupan sebenar golongan nomad. Ia mengangkat kisah golongan lebih berusia di Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa berpindah dari satu kerja ke kerja yang lain dan berdepan liku-liku hidup.

Zhao dilahirkan di China dan menetap di Beijing sehingga mencecah usia 14 tahun. Dia kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama di London, sebelum menamatkan pengajian sekolah menengah di Los Angeles.

Dalam pada itu, McDormand sekali lagi mencipta magis apabila menang kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam anugerah berprestij berkenaan.

Sebelum ini, McDormand menang kategori sama menerusi dua filem, Fargo pada 1997 dan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri (2018).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER