Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Khairy: RM5 Bilion Dana KWAN Untuk Beli Vaksin, Program Imunisasi

Kongsikan Artikel Ini

Penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) berjumlah RM5 bilion adalah untuk perolehan vaksin dan perbelajaan berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menjelaskan jumlah itu merangkumi perolehan vaksin membabitkan peruntukkan sebanyak RM3 bilion dan RM2 bilion bagi pelaksanaan program imunisasi.

“Dari segi penggunaan duit KWAN itu, perkara tersebut akan dijawab oleh Kementerian Kewangan, saya pengguna duit, bukan pemberi duit, pemberi duit kena jawablah dia ambil duit daripada mana, saya pengguna duit.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Khairy diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan baru-baru ini, yang mewartakan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 yang membolehkan kerajaan menggunakan dana kumpulan wang itu untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi.

Mengulas lanjut, Khairy berkata jumlah perbelanjaan berkaitan program imunisasi merangkumi penyediaan kemudahan seperti menyewa dewan, pembayaran utiliti, penyediaan makanan selain pembayaran elaun kepada petugas.

“Macam hari ini, saya datang ke Kedah, Menteri Besar Kedah minta duit daripada saya (untuk pelaksanaan program imunisasi), nak ambil daripada mana? Kalau RM3 bilion sudah pakai beli vaksin, takkan pelaksanaan program dibuat secara percuma,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa peruntukan keseluruhan RM5 bilion itu adalah had syiling yang diputuskan Kementerian Kewangan bagi tujuan tersebut setakat ini.

– Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER