Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Jenayah Rogol Bukan Untuk Dipersendakan

Kongsikan Artikel Ini
1. Kita dikejutkan dengan satu isu serius yang didedahkan oleh seorang pelajar perempuan melalui aplikasi Tik Tok.
2. Video tular daripada pelajar itu yang merasa kesal akan kelakuan guru lelaki tersebut mempersendakan atau membuat lawak ke atas jenayah rogol itu adalah tindakan berani yang perlu diberi perhatian agar perkara seperti ini tidak berulang terutama di sekolah di mana seorang pelajar harus berasa selesa dan selamat.
3. Adalah tidak wajar juga apabila seorang guru lelaki menunjukkan akhlak yang sebegitu seolah-olah “mengajar” pelajar-pelajar lelaki yang ada bersama-samanya ketika itu dengan bahasa-bahasa lucah, menunjukkan sikap tidak hormat kepada wanita apatah lagi “membolehkan” jenayah rogol walaupun dalam bentuk gurauan.
4. Ada sebuah hadith yang panjang mengenai seorang pemuda yang mendampingi Rasulullah SAW pada suatu hari dan meminta izin untuk berzina. Betapa hikmahnya jawapan yang telah baginda Rasulullah SAW berikan iaitulah dengan suatu pendekatan supaya timbul rasa hormat pemuda itu kepada mana-mana wanita yang dia ada keinginan untuk berzina dan menghormati mereka sepertimana dia menghormati seorang ibu, seorang anak perempuan, seorang saudara perempuan dan ibu saudara perempuannya dan ini akan mencegah pemuda itu daripada melakukannya.
5. Saya mendesak agar pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas guru yang terlibat jika terbukti sahih.
DR. WAN AZIZAH DR. WAN ISMAIL
Ahli Parlimen Pandan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER