Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Pakar Psikologi: ‘Pemeriksaan Datang Bulan’ Satu Bentuk Gangguan Seksual

Kongsikan Artikel Ini
‘Pemeriksaan datang bulan’ terhadap pelajar perempuan merupakan salah satu bentuk gangguan seksual.
Pakar Psikologi, SEGi University, Prof Mariani Md Nor berkata, ia boleh didefinisikan sedemikian kerana tindakan tersebut merupakan perlakuan yang membabitkan organ-organ seks tanpa kerelaan.
“Mereka yang melakukan ini tidak mempunyai empati kerana spotcheck datang bulan, kita tahu bahagian dalaman seperti seluar dalam kena dibuka dan ada kemungkinan alat sulit juga diperiksa. Ini sudah memalukan dan menjatuhkan maruah.
“Perkara ini dibuat tanpa kerelaan tapi pelajar-pelajar terpaksa akur dengan guru-guru atau pentadbir sekolah. Kita sebagai orang luar pun apabila mendengar, kita tahu ia tidak boleh diterima akal malah saya sendiri terkejut kerana impak psikologinya sangat besar kepada remaja,”.
Tambahnya, ketegasan dalam memberi pendidikan agama kepada pelajar bukan alasan untuk bertindak sedemikian, sebaliknya mereka sepatutnya mengambil pendekatan selari dengan apa yang dianjurkan dalam Islam.
“Sewajarnya mereka mengambil pendekatan yang lebih baik dan tidak menjatuhkan maruah. Guru-guru sudah dibekalkan dengan ilmu psikologi yang baik jadi sepatutnya mereka tahu bagaimana mahu mengawal dan memantau anak-anak remaja ini.
“Tanggungjawab guru bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan tetapi juga membentuk personaliti dan sahsiah murid. Bagaimana sahsiah murid boleh berkembang dengan baik jika mereka diberi layanan begitu?
“Memang kita cakap, mahu didik dan periksan jika mereka sengaja ponteng puasa atau solat, tetapi jika bukan di sekolah pun, kita tahu hal ponteng ini berlaku juga di luar.
“Jadi janganlah ambil tindakan tidak munasabah kerana bagi saya, remaja ini perlu dijaga dengan sebaik mungkin kerana mereka adalah barisan pelapis generasi akan datang,” ujarnya.
Sebelum ini tular di laman Twitter beberapa pelajar mendedahkan amalan pemeriksaan itu terjadi di sekolah, dan mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER