Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Kak Wan: Kurang Sistem Sokongan Antara Punca Wanita Dalam Kemiskinan Massa

Kongsikan Artikel Ini
Kurangnya sistem sokongan terhadap wanita dalam dunia pekerjaan terutama ketika tempoh pandemik COVID-19 antara faktor segelintir golongan itu kini berada dalam kelompok kemiskinan massa.
Demikian jelas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung sumbangan wanita terhadap Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) pada tahun 2021.
“Sistem sokongan tidak mencukupi untuk wanita masuk ke pekerjaan, contoh jika pusat asuhan ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apa pilihan yang ada bagi wanita sama ada untuk mencari pendapatan atau menjaga anak-anak?.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Persidangan Wanita Selangor Hybrid 2021 di Shah Alam pada Sabtu.
Tambahnya, untuk rekod, penyertaan wanita dalam tenaga buruh Malaysia pada kadar 55 peratus pada Februari tahun ini berbanding kaum lelaki lebih 80 peratus.
Justeru, lebih banyak peluang dan ruang perlu diberikan kepada golongan itu bagi memberi sumbangan kepada KDNK negara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER