Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Dengki Ke: Fahmi Reza Bebas Dengan Jaminan Polis

Kongsikan Artikel Ini

Aktivis Fahmi Reza dibebaskan dari tahanan polis setelah ditahan semalaman dan memberikan keterangan berhubung siasatan atas tuduhan hasutan.

Ketika dihubungi, peguam Fahmi, Yohendra Nadarajan mengesahkan pembebasan anak guamnya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.50 petang tadi.

“Fahmi dibebaskan dengan jaminan polis.

“Dia telah merekodkan keterangan sekitar tengah hari hingga sekitar jam 3 petang hari ini,”.

Polis telah memohon perintah tahanan reman selama empat hari semasa pendengaran pagi ini tetapi Majistret Nitya Ravindran hanya membenarkan reman selama satu hari yang berakhir petang ini.

Fahmi ditahan malam tadi kerana senarai lagu Spotify bertema ‘cemburu’ yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER