Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

New Zealand Henti Gelembung Perjalanan Ke Australia

Kongsikan Artikel Ini

WELLINGTON, 23 April – New Zealand, semalam menghentikan sementara gelembung perjalanan bebas kuarantin dengan Australia yang baru dibuka, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Australia.

Menurut kenyataan dikeluarkan laman web Kerajaan New Zealand, perjalanan rentas negara menerusi protokol gelembung perjalanan Trans-Tasman antara New Zealand dan Barat Australia dihentikan sementara sehingga diberitahu kelak.

Keputusan itu diambil selepas pihak berkuasa Australia mengumumkan bahawa wilayah Perth dan Peel melaksanakan perintah berkurung selama tiga hari mulai tengah malam kelmarin, selepas jangkitan COVID-19 dikesan dari sebuah hotel kuarantin yang menempatkan pelancong antarabangsa.

Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan, berkata seorang lelaki yang dibenarkan meninggalkan hotel pada 17 April yang diuji negatif selepas berakhir tempoh 14 hari kuarantin, diuji positif beberapa hari kemudian.

McGowan berkata, kenalan rapatnya di Perth diuji positif hari ini dalam kes pertama penularan di negeri itu dalam tempoh 12 bulan, yang menyebabkan perintah berkurung.

Pihak berkuasa sedang mengesan kontak rapat dengan lelaki itu selama lima hari dia menghabiskan waktu di Perth sebelum terbang ke Melbourne, di mana dia didapati positif Rabu lalu dan diasingkan.

New Zealand dan Australia mula membuka gelembung perjalanan bebas kuarantin Ahad lalu.

Australia adalah sumber pelancong antarabangsa terbesar di New Zealand sebelum wabak COVID-19 melanda dunia, dengan menyumbang kira-kira 1.5 juta atau 40 peratus daripada jumlah pengunjung pada 2019. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER