Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Kepentingan Sokongan Bipartisan Bagi Meningkatkan Keyakinan Vaksin Dan Melindungi Rakyat

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 23 April – Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) perlu bersidang serentak dengan Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, Dewan Rakyat adalah medan semak imbang pihak eksekutif, tempat penggubalan undang-undang bagi melindungi hak rakyat serta perbahasan isu-isu kritikal termasuk sebagai platform untuk memberi sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Kata Nurul Izzah, Dewan Rakyat bukanlah tempat pertarungan untuk membuang undi.

“Secara khusus, prosiding PAC serta sidang Parlimen secara amnya perlu diteruskan dalam usaha kita memberi sepenuh dokongan kepada PICK dan bukannya bertikam lidah sementara wujud segelintir rakyat yang masih berbelah bahagi untuk menerima vaksin dengan kemunculan pelbagai kumpulan anti vaksin yang pesat di media sosial,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, berkenaan kehadirannya serta anggota PAC lain dalam prosiding bersama JKJAV pada 5 Januari 2021.

Nurul turut mengesahkan pendirian PAC yang terdiri daripada keanggotaan dwipartisan, berpuas hati dengan penjelasan JKJAV – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan proses perolehan vaksin Covid-19 termasuklah perihal berkenaan harga dan jadual penghantaran.

Tambahnya, kini usaha adalah untuk mencapai imuniti kelompok sehingga 80 peratus dalam usaha melindungi rakyat dan mengembalikan ekonomi Malaysia ke arah lebih positif.

Kata Nurul Izzah lagi, pembukaan semula Dewan Rakyat juga mampu memperkukuh gandingan strategik merentasi parti, pihak berkepentingan dan pelbagai segmen masyarakat dalam memaksimumkan keyakinan vaksinasi dan mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang 2022.

“Yang jelas, kekecewaan atau kritikan dalam kelemahan urus tadbir negara tidak seharusnya memberi kesan negatif atau merencat perkembangan program imunisasi. Fokus utama kita adalah untuk keluar dari wahana pandemik – dan mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok,” katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah turut memaklumkan akan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di SP Arena, Seberang Jaya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada Isnin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER