Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

India Pecah Rekod Lagi!

Kongsikan Artikel Ini

NEW DELHI, 22 April – Kes jangkitan COVID-19 di India mencecah 315,000 hari ini, sekali gus mewujudkan amaran angka kematian bakal meningkat berikutan kebanyakan hospital di bandar raya ini menghadapi masalah kekurangan bekalan tabung oksigen.

Hospital swasta dan hospital dikendalikan kerajaan di New Delhi dilaporkan mendesak kerajaan pusat membekalkan segera bekalan tabung oksigen untuk merawat ratusan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam satu insiden, 22 pesakit dilaporkan meninggal dunia di hospital di barat India selepas kebocoran oksigen menyebabkan hanya separuh daripada 60 alat bantuan pernafasan dapat digunakan dalam tempoh setengah, semalam.

Semalam, hampir 500 tan oksigen dihantar ke Delhi tetapi bekalan itu tidak mencukupi memandangkan sebanyak 700 tan diperlukan setiap hari.

Kerajaan Delhi yang ditadbir parti lawan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi mendakwa negeri jiran yang ditadbir Parti Bharatiya Janata (BJP) menyekat bekalan tabung oksigen itu.

Mahkamah Tinggi Delhi semalam turut mengarahkan kerajaan memastikan bekalan oksigen dihantar dengan selamat ke hospital di seluruh India.

“Kita tidak boleh membenarkan rakyat mati akibat kekurangan bekalan oksigen,” kata hakim yang turut mempersoal mengapa kerajaan tidak bertindak segera bagi menangani masalah itu.

Kementerian Kesihatan India mendedahkan sebanyak 314,835 kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 2,074 pesakit meninggal dunia, menyaksikan angka kematian akibat pandemik itu mencecah 185,000 orang setakat ini.

Ia sekali gus menjadi negara mencatatkan jangkitan kes tertinggi sejak pandemik mula menular dan merekodkan 15.9 juta kes keseluruhan setakat ini, kedua tertinggi di dunia.

Negeri di seluruh India terpaksa mengenakan perintah sekatan termasuk Delhi yang mengarahkan kedai bukan barang keperluan ditutup di di Maharashtra manakala Uttar Pradesh melaksanakan sekatan pada setiap hujung minggu.

Susulan itu, Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan nasihat larangan ke India termasuk meraka yang sudah mendapat suntikan vaksin penuh manakala Britain meletakkan India dalam senarai merah. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER