Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

17 Rumah Hangus Di Putatan Malam Tadi

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 22 April – Kira-kira 17 rumah hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku di jalan Lok Kawi Lama-Kampung Dumpil, Putatan kira-kira 10.19 malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke kawasan kejadian sejauh 14 kilometer.

Anggota dari BBP Kota Kinabalu juga turut digerakkan ke tempat kejadian bagi membantu proses pemadaman api.

“Kemusnahan rumah kediaman jenis tidak kekal dianggarkan sebanyak 17 buah dengan  100 peratus musnah terbakar bagaimanapun, kecekapan anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran selepas setengah jam pemadaman api oleh 30 anggota,” menurut kenyataan PGO Sabah di sini hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Putatan memaklumkan semua mangsa akan ditempatkan di Dewan Sri Keramat hari ini.

Proses pemantauan di lokasi serta pengambilan data dan persediaan di pusat pemindahan sementara (PPS) masih dijalankan oleh agensi yang terlibat.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER