Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PKP Di Tiga Daerah Di Kelantan Bermula Esok

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 21 April – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Pelaksanaan PKP di tiga daerah itu selama lapan hari, bermula esok hingga 29 April depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tiga jajahan/daerah di negeri Kelantan seperti yang dinyatakan bermula 22 April hingga 29 April.

“Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19,” katanya dalam hari ini.

Beliau berkata, KKM sebelum ini melaporkan terdapat peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus dalam tempoh 14 hari lalu dan daripada 18 kes kepada 112 kes dan ketiga-tiga daerah itu bertukar kepada zon merah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER