Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Liverpool Hilang Sentuhan Pemusnah

Kongsikan Artikel Ini

LEEDS, 19 April – Liverpool terikat 1-1 berdepan Leeds United di sini, sebentar tadi dalam pertemuan dibayangi kemarahan terhadap kelab dari Merseyside itu yang merancang menyertai liga elit dinamakan Liga Super Eropah (ESL).

Keputusan seri memberikan pasukan tangga keenam, Liverpool dua mata di belakang pasukan tempat keempat West Ham, dalam Liga Perdana Inggeris (PL).

Skuad Reds membuka jaringan sebelum rehat menerusi Sadio Mane, namun Diego Llorente menyamakan kedudukan hasil gol pertamanya buat Leeds, tandukan daripada sepakan penjuru, tiga minit sebelum tamat.

Kedudukan empat teratas EPL penghujung musim ini biasanya memberi jaminan bagi mendapatkan tempat dalam Liga Juara-Juara UEFA musim depan.

Walaupun juara enam kali Eropah, Liverpool menamatkan saingan di empat tempat teratas, mereka mungkin dilarang daripada kejohanan itu kerana bertelagah dengan UEFA, badan induk bola sepak benua berkenaan selepas muncul satu daripada 12 pasukan merancang mewujudkan ESL.

Menurut cadangan berkenaan, 15 pasukan asal akan melengkapkan kejohanan 20 pasukan setiap tahun tanpa perlu melalui kelayakan.

Penyokong daripada Leeds dan Liverpool melakukan protes di luar Elland Road sebelum sepak mula manakala kain rentang bertulis: “Dapatkan ia di padang. Bola sepak ialah untuk peminat.”

Pemain Leeds juga memakai baju T sebelum perlawanan memaparkan mesej sama manakala pesawat melintasi venue berkenaan membawa mesej “#SayNoToSuperLeague.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang sebelum ini tidak bersetuju dengan penubuhan ESL, bergelut untuk menyatakan pembabitan kelabnya dalam kejohanan baharu dicadangkan itu ketika sidang media bersama Sky Sports.

“Satu perkara yang saya faham bahawa orang merasakan adalah tidak betul mengenai tahap kompetitif itu, saya faham,” katanya.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER