Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Liga Super: UEFA Beri Amaran Kepada Kelab Elit

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 19 April – Badan induk bola sepak Eropah – UEFA memberi amaran kepada kelab yang dikaitkan dengan Liga Super Eropah (ESL) berasingan, bahawa mereka akan berdepan penggantungan daripada saingan domestik dan antarabangsa jika mereka menyertai saingan yang akan mencabar Liga Juara-Juara itu.

Dalam satu kenyataan bersama – persekutuan bola sepak Sepanyol, England, Itali dan UEFA berkata, mereka akan memikirkan “semua ukuran” termasuk mahkamah sekiranya kelab merancang untuk mengadakan kejohanan berasingan.

“Kelab bimbang akan digantung daripada bermain dalam mana-mana kejohanan domestik, Eropah atau tahap dunia dan pemain mereka boleh dinafikan peluang mewakili pasukan kebangsaan,” kata UEFA.

UEFA dijangka akan mengemukakan perancangan mereka sendiri bagi melebar dan menstrukturkan Liga Juara-Juara hari ini namun kurang 24 jam sebelum mesyuarat berkenaan, wujud cubaan menubuhkan kejohanan lain membabitkan kelab utama benua berkenaan.

Stesen televisyen kabel Britain, Sky Sports melaporkan Liverpool, Manchester United, Arsenal dan Chelsea antara enam kelab Liga Perdana Inggeris yang bersedia menjadi sebahagian perancangan itu.

“Jika ini berlaku, kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa kami … (dan) juga FIFA serta rakan persatuan – akan kekal bersatu dalam usaha kami menyekat projek ini nyang dibuat untuk kepentingan sendiri beberapa kelab ketika kita perlu lebih penyatuan berbanding sebelum ini,” kata UEFA. – Agensi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER